Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga – Cubalah!
Pakai selipar pergi temuduga?
Tidak sama pakaian semasa tidur dengan pakaian semasa bersukan. Begitu juga dengan pakaian kerja.
Anda perlu mencipta imej kerjaya yang cemerlang di hadapan bakal majikan kerana mereka akan mulai
membuat penilaian tidak rasmi sebelum temuduga bermula.
Elakkan daripada berpakaian santai seperti :
>> T-shirt
>> Baju atau seluar ketat
>> Menjolok mata
>> Skirt pendek
>> Kasut sukan
>> Selipar
Mesti kenakan pakaian yang bersesuaan untuk sesi temuduga anda.
Jadi apa cadangan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga?
Anda dicadangkan berpakaian yang :
>> Sopan
>> Berwarna lembut
>> Bersih
>> Berbau segar
>> Bergosok
Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher, stokin dan berkasut.
Jika serius nak berjaya temuduga, ini rujukannya : Rujukan Bijak Temuduga
Related Articles
No user responded in this post
Leave A Reply