Jangan tanya pasal nak cuti dari kerja
Pasal temuduga nih tak kena gaya tersilap langkah anda juga yang rugi…
Jangan ngada-ngada duk tanya pasal cuti masa temuduga tu…
Eh cuti tahunan ada tak?
Cuti sakit bagaimana pulak?
Boleh tak saya nak cuti?
Cuti boleh mohon atau tidak?
Dah namanya kerja mesti adanya cuti. Asal kerja aje nak cuti. Baik tak payah mintak kerja awal awal dah minta nak tahu pasal cuti itu ini begitu begini…
Cuti nak memontengkah?
Eh bukan nak memonteng daa…
Habis tu takkan belum kerja dah tanya pasal cuti? Tak gitu?
Dalam kepala minda panel penemuduga duk imaginasikan bahawa anda :
“Owh.. dia ni ‘kaki’ cuti ni..”
Dengan demikian jangan duk tanya pasal percutian santai anda tersebut yang akan memberikan gambaran yang negatif terhadap diri anda.
Ya, semua soalan yang berkaitan dengan cuti adalah menjadi satu kesilapan jika apabila diberi peluang untuk anda bertanya apa-apa, anda memilih untuk bertanya berkaitan cuti. Anda kena belajar cara buat persediaan temuduga dengan lebih bijak lagi. Jangan biarkan diri anda duk memikirkan persoalan berkaitan dengan cuti tatkala berdepan dengan panel penemuduga. Itu menempah kegagalan namanya.
Isu cuti ini adalah hak anda dan anda berhak untuk tahu berapa banyak cuti yang anda boleh dapat. Jangan cuti memonteng dari kerja dah laaa….
Maka dengan itu cadangan yang terbaik adalah anda simpan dulu soalan tersebut dalam poket soalan anda selepas anda sudah dapat kerja dan telah berjaya dengan cemerlangnya dalam temuduga yang telah anda hadiri tersebut.
Nak lebih cemerlang dan ada ilmu berkaitan dengan temuduga kena belajar pasal persediaan kukuh berkaitan dengan temuduga.
Related Articles
No user responded in this post
Leave A Reply