Nak tips lulus temuduga kerja?
Persoalan yang cukup menarik sewaktu nak pilih pekerja adalah MENGAPA MAJIKAN PERLU MEMILIH ANDA sebagai pekerja pilihan mereka?
Apa nak jawab nanti jika mereka tanya soalan tersebut? Takkan nak marketkan diri dengan angkat bakul puji diri sendiri pulak. Memang tak kena jadinya.. Gagal terus jawabnya. Rugi dah dekat situ.
Sudah semesti soalan yang cukup popular tersebut adalah untuk anda memberikan jawapan yang meyakinkan. Jika gugup teragak agak nak jawab apa pun tak tahu. Memang anda berhadapan dengan masalah jika tidak ada persediaan memberi jawapan yang kukuh. Gagal temudugalah jawabnya.
Asyik gagal aje. Bila nak lulus nih? Inilah masanya untuk anda memberikan gambaran yang meyakinkan para panel penemuduga dengan kelayakan yang anda ada. Kebolehan bekerjasama yang anda boleh tonjolkan serta cukup senang berurusan dengan anda berbanding dengan orang lain. Kena gaya marketkan diri anda sebaiknya. Lulus dalam genggaman. Yeayyyy dapat kerja!
Eh eh eh Nampak mudah tetapi cukup sukar sekali. Cuba anda jawab sekarang. Hahhh jawablah… Dah tentunya anda teragak agak gugup tak keruan jadinya.
Dalam kotak pemikiran anda dah tentunya tertanya tanya ..
“Apa nak jawab pulak nih kalo kena soalan tersebut? Mana boleh nak angkat bakul puji diri sendiri pulak. ” Wahduhai angkat bakul sendiri? Mana mungkin…
Dah tu takyah duk pikir pikirkan permasalahan majikan nak pilih siapa yang layak atau tidak. Apa yang penting adalah membuat persediaan rapi berkaitan dengan temuduga yang bakal anda hadapi tersebut.
Tak ada persediaan lagi nak temuduga?
Janganlah risau. Klik sini untuk panduan tips untuk lulus temuduga kerja —>>> Tips Nak Lulus Temuduga Kerja.